Home » Citra Yadim » Bengkel Solat dan Ziarah Kasih SAF Miri Sarawak

Bengkel Solat dan Ziarah Kasih SAF Miri Sarawak

KUCHING – Biarpun menghadapi pelbagai cabaran terutama untuk sampai ke Kampung Tagageng, Suai, Sarawak, kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ahli-ahli pasukan Sukarelawan Al-Falah tetap berjaya melaksanakan Bengkel dan Ziarah Kasih Sukarelawan Al-Falah pada 28 Julai.

Program ziarah itu diketuai oleh Ketua pasukan Sukarelawan Al Falah Miri Sarawak, Syida Abdullah@ Payak Tuah dan Daei YADIM Kampung Tagageng, Mohd Amirul Shah Ishak.

Di antara aktiviti yang dilaksanakan di kampung tersebut adalah aktiviti gotong royong memasak aneka juadah, membersihkan surau dan penyampaian sumbangan barang keperluan harian kepada 10 buah keluarga asnaf setempat.

Eksekutif Kanan YADIM, Ustaz Abdul Qaiyum Aris berkata, yang menariknya, program berkenaan melibatkan keseluruhan masyarakat Kampung  Tagageng tanpa mengira agama dan suku.

“Matlamat program ini adalah membina ukhwah sesama masyarakat di samping menampilkan akhlak Islam yang syumul,’’ katanya.

Aktiviti sepanjang  hari itu, diakhiri dengan  tazkirah muamalah Islam yang berkaitan riba dan solat Isyak berjemaah.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *