Home » Citra Yadim » Bimbingan pengurusan jenazah oleh YADIM Sabah

Bimbingan pengurusan jenazah oleh YADIM Sabah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah menganjurkan dua siri Bengkel Pengurusan Jenazah pada 20 Januari lalu bertempat di Tambunan dan Kinarut Papar, dalam usaha mendedahkan penduduk Islam di kawasan berkenaan pengurusan jenazah.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program di Tambunan turut disertai dengan kunjungan amal ke daerah berkenaan bagi mendekati golongan kurang bernasib baik dan menyampaikan sedikit bantuan.

“Bengkel ini diadakan  bagi mendedahkan kepada penduduk kampung khususnya saudara kita tentang kepentingan mengetahui carapengurusan jenazah sekaligus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.

“YADIM berharap melalui bengkel ini para peserta mendapat pengamalan melalui aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah,’’ katanya.

Beliau berkata, program di Tambunan telah diadakan di Masjid Pekan Tambunan dan Hospital Tambunan dan melibatkan kerjasama pelbagai pihak iaitu Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah Tambunan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Tambunan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah.

Beliau berkata, penceramah program berkenaan adalah Ustaz Jasimin Mohd Rashid dari  JHEAINS Tambunan dan telah melibatkan 55 peserta.

Sementara itu, katanya, turut diadakan pada hari yang sama adalah bengkel serupa di  Surau Al- Mulk, Kampung Mook, Kinarut Papar, melibatkan kerjasama di antara YADIM dan Jawatankuasa Surau Al-Mulk

“Dalam program ini ceramah telah disampaikan oleh dua assatizah iaitu Ustaz Haji Awaluddin Nasution dan Ustazah Hajah Maria Hasibuan serta melibatkan 50 peserta,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *