Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Rahmah Kasih Sayang

KEKAL Aktif Ramadan ini, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 24 Mac telah mengadakan program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Rahmah Kasih Sayang. Dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik, Sukarelawan Sahabat Hospital Daerah Sabak Bernam dan Duta Kenali Ubat Anda Hospital Tengku Ampuan Jemaah, mereka mengedarkan 500 pek Bubur Lambuk kepada komuniti sekitar. Terdahulu bubur berkenaan […]

Ziarah Prihatin Sukarelawan YADIM Losong

SEKITAR Program YADIM Peduli : Ziarah Prihatin Sukarelawan YADIM Losong yang diketuai oleh Pengerusinya, Ustaz Ubaidillah Mamat. Hadir sama ialah Ustaz Ahmad Rusydan Suhaimi, Pengerusi Kelab Iktikaf Masjid Makmur. Mereka menyumbang beras serta juadah berbuka puasa kepada keluarga di Kampung Losong Atap Zin, Kampung Losong Datuk Amar, Kampung Losong Pasir, Kampung Losong Lebai Salleh dan […]

Agihan bubur lambuk YADIM Terengganu

LENSA Agihan bubur lambuk di perkarangan Masjid Abidin (Masjid Negeri), Kuala Terengganu pada 24 Mac. Sebanyak 800 pek diagihkan dalam program yang dianjurkan secara kerjasama oleh Masjid Abidin dan pelbagai agensi lain seperti YADIM Terengganu. Mewakili badan dakwah ini ialah penyelaras program, Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin.

Program Jelajah Ramadan YADIM Negeri Sembilan dan Melaka

BERSAMA Pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta, YADIM Negeri Sembilan dan Melaka pada 21 dan 22 Mac telah terlibat dengan program Jelajah Ramadan. Anjuran RTM Melaka, mereka secara konvoi menjelajah ke beberapa lokasi seluruh Melaka menyantuni pihak yang memerlukan. Antara lokasi hentian ialah Alai, Pengkalan Minyak, Permatang Duyong, Semabok, Ayer Keroh,Krubong dan Bandar Melaka. Selain […]

Sesi Uji Bakat ADMY 2024 kini bermula

PENCARIAN Pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2024 kini bermula. Hampir 120 orang calon telah menghantar permohonan untuk menyertai ADMY 2024. Selepas saringan awal, hanya 63 orang calon yang layak dan melepasi syarat kelayakan untuk menyertai program melahirkan pendakwah muda terbaik negara ini. Bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Langat, seramai 42 […]

Iftar Perdana Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea Selatan

IFTAR Perdana Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea Selatan dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Seoul telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mac. Majlis telah berlangsung dengan cukup meriah dihadiri lebih 100 orang tetamu daripada kalangan kakitangan kedutaan dan pelajar Malaysia di sana. Program iftar ini julung kali diuruskan oleh RSY Korea Selatan dengan kerjasama Kedutaan Besar […]

RSY Hidupkan Ramadan (RHR) IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

PROGRAM RSY Hidupkan Ramadan (RHR) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka telah diadakan pada 23 Mac. Hampir 50 orang siswi guru telah terlibat dengan program ini yang bermula dari pukul 8 pagi dengan aktiviti Solat Dhuha berjemaah, Tadarus al-Quran, Latihan Dalam Kelas dan pelbagai pengisian sempena bulan Ramadan. Majlis Penutup RHR ini dihadiri oleh […]

Program Gerak Rahmah: ‘Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024′

DI Terengganu, YADIM turut terlibat dengan Program Gerak Rahmah: ‘Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan 2024′. Bertempat di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, ia merupakan anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pulau Kambing di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan intergrasi Nasional (JPNIN) yang diadakan serentak di seluruh negara. Sebanyak 150 pek bubur diagihkan YADIM Terengganu kepada orang […]

Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika ini mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki. Turut hadir bersama ialah Dr. Shamsul Azhar Yahya dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia). Bertujuan mengangkat peranan ulama dunia dan media massa terhadap rakyat Gaza, ia […]

Yadim Pahang menyantuni komuniti orang asli

YADIM Pahang terus konsisten turun padang menyantuni komuniti Orang Asli. Terbaharu bersama warga Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) , Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Perkim Pahang, MRA dan berbagai institusi kali Ramadan ini. Pada 23 Mac seramai 75 orang sukarelawan telah berkampung seharian di Kampung […]