YADIM Kedah santuni 32 keluarga di Kampung Padang Gaung

LANGKAWI – Lawatan kerja Yang Dipertua YADIM ke Kedah turut diisi dengan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih ke Kampung Padang Gaung, Ulu Melaka, Langkawi pada 15 Julai. Seramai 32 keluarga disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian di Masjid Jaamii Al Jaddid dalam program berkenaan. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, sebelum menyampaikan sumbangan berkenaan menyeru kepada para […]

Program Dialog Silang Budaya di Masjid Sultan Iskandar

SAMBUTAN Baik program Dialog Silang Budaya di Masjid Sultan Iskandar baru baru ini meneruskan momentum bagi penganjuran siri kedua program yang sama hari ini (16 Julai). Kali ini seramai 65 dewasa 75 orang kanak kanak Tionghua menyertai program silang budaya berkenaan. Program ini dimulakan dengan sesi dialog bersama peserta manakala untuk kanak kanak pula dilibatkan […]

Penstrukturan MAIM Pulau Pinang

Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Pulau Pinang selaku antara entiti utama di bawah YADIM memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, MAIM Pulau Pinang telah mengadakan satu penstrukturan MAIM […]

Karnival Al-Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat

GANDINGAN Agensi Agama Islam memeriahkan Program YADIM Kolaboratif : Karnival Al-Falah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat apabila kira kira 2,000 pengunjung menghadirinya pada 15 Julai. Dengan YADIM selaku tuan rumah, ia turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Tabung Haji, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan […]

Seminar Duat Al-Falah Pembimbing Malaysia Madani Peringkat Negeri Kelantan 2023.

SERAMAI 223 orang Duat Al Falah menerima watikah lantikan mereka dalam Seminar Duat Al-Falah Pembimbing Malaysia Madani Peringkat Negeri Kelantan 2023. Gimik watikah berkenaan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dato’ Setia dr Na’im Mokhtar dalam program anjuran YADIM itu pada 15 Julai. Du’at Al-Falah berperanan membawa pendekatan kesederhanaan dan berpegang […]

Penyampaian watikah RSY IPG Kampus Raja Melewar

SEREMBAN – Terus melebarkan jaringan dakwahnya, YADIM pada 14 Julai telah menyampaikan watikah lantikan kepada 24 orang Majlis Pimpinan Guru Rakan Siswa YADIM, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban. Disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Ustaz Zamri Zainal Abidin, ia adalah sempena majlis Sambutan Aidiladha dan Awal Muharam institut berkenaan. Seramai […]

YADIM Pahang santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman

KUANTAN – Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan begitu ramai ahli keluarga akibat tragedi sudah pasti begitu sukar diterima. Atas rasa peduli dan kasih sayang yang sentiasa menjadi tunjang kepada aktiviti YADIM Pahang, petugas badan dakwah ini bersama aktivis Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah berkunjung ke Lepar Hilir 3, Kuantan, lokasi […]

Kunjung Hormat Abdul Rani Kulup Abdullah

Ayahanda Rani Kulup kerjasama dengan YADIM ? Kenapa tidak jika ia masyarakat akan terima faedah daripadanya. Aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah ini hadir ke pejabat YADIM pada 11 Julai bagi membincangkan pelaksanaan program program keagamaan untuk bekas bekas tentera sepertinya. Turut disentuh ialah cadangan program keusahawanan yang bakal diadakan di tiga lokasi di Selangor […]

Kunjungan Persatuan Diaspora Punjabi Malaysia

ISLAM Itu meraikan dan mendamaikan. Justeru YADIM terbuka dan mengalu alukan semua pihak, tanpa mengira latar belakang untuk bekerjasama dengan kami bagi sebarang program yang boleh memanfaatkan masyarakat. Badan dakwah ini pada 11 Julai menerima kunjungan Persatuan Diaspora Punjabi Malaysia diketuai Pengerusinya , Ranjit Singh Pannu kepada Yang Dipertua, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Melihat Sukarelawan […]

Bengkel Pengurusan Open Journal System (OJS)

TIGA Orang pegawai YADIM telah menghadiri Bengkel Pengurusan Open Journal System (OJS) pada 9 dan 10 Julai 2023 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Bengkel ini dikendalikan oleh Ketua Unit Jurnal, Penerbit UTM Press, Puan Hapizah Mohamad, bersama-sama fasilitator iaitu Puan Hairunnisa Yunos dan Encik Nor Azman Sukri. Bengkel yang menerangkan proses kerja di dalam […]