Home » Langit Terbuka » Dicop tidak berakhlak, janda ‘rela dirogol’ didesak mohon maaf semula

Dicop tidak berakhlak, janda ‘rela dirogol’ didesak mohon maaf semula

Paparan skrin video Siti Amiza yang mengundang kontroversi, sehingga tular di media sosial.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular kerana videonya mendakwa ‘teringin’ dirogol 10 lelaki, baru-baru ini terus membangkitkan kemarahan netizen meskipun beliau telah tampil membuat permohonan maaf.

Semuanya kerana video permohonan maaf itu menunjukkan janda berusia 22 tahun ini dikatakan berani berpakaian yang menampakkan lurah pada bahagian dadanya.

Malahan dalam video berdurasi kira-kira dua minit itu, penjual ubat tenaga batin lelaki dan peralatan seks itu memberi amaran akan menyiarkan nombor telefon individu-individu yang menghantar mesej berbaur seksual terhadapnya.

Paparan skrin video permohonan maaf yang dibuat Siti Amiza di laman Facebook.

Berikutan itu, Skuad Badar, sebuah badan sukarelawan Islam yang menjalankan aktiviti mencegah kemungkaran dan memberi khidmat nasihat kepada masyarakat menggesa wanita berkenaan, Siti Amiza Baharuddin supaya tampil membuat permohonan maaf sekali lagi.

Pengerusinya, Azhar Mohamad berkata, permohonan maaf Siti Amiza tidak menampakkan keikhlasan selain mencalarkan imej Islam.

“Netizen sebelum ini marah dia kerana akhlaknya yang tidak baik, jadi bila mahu memohon maaf dia perlu menunjukkan akhlak yang baik.

“Nak ‘ugut’ sebarkan telefon tu pun bukan maaf, tapi mengundang orang untuk marah dia lagi. Itu bukan caranya,” katanya kepada mStar Online.

Siti Amiza dikecam netizen apabila membuat video dengan kata-kata lucah, termasuk membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum.

Azhar berkata, pihaknya akan membantu Siti Amiza membuat permohonan maaf baharu menerusi penstriman video secara langsung di Facebook (FB Live) skuad itu.

“Bila dia minta maaf, saya dan Skuad Badar akan bantu dia untuk memberitahu kepada masyarakat supaya memaafkannya,” katanya sambil menambah bahawa lokasi permohonan maaf boleh dibuat sama ada di pejabat Skuad Badar di Sungai Petani, rumah wanita itu atau mana-mana yang bersesuaian.

Bagaimanapun Azhar mengemukakan tiga syarat kepada Siti Amiza iaitu membuat permohonan maaf secara ikhlas dan berpakaian sopan ketika bersiaran langsung.

“Dia juga perlu menjelaskan dirinya benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan lalu, dan menarik balik kenyataannya sebelum ini untuk menyiarkan nombor-nombor telefon individu yang mengganggunya,” katanya.

Skuad Badar berkunjung ke rumah Siti Amiza untuk memberi nasihat kepada wanita itu, baru-baru ini.

Mengakui kesilapannya, Siti Amiza yang berasal dari Sungai Petani itu menjelaskan bahawa apa yang diperkatakan di dalam video tersebut sekadar gurauan semata-mata.

Skuad Badar baru-baru ini telah ke rumah Siti Amiza di Sungai Petani untuk mentarbiahnya supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, namun gagal kerana difahamkan wanita berkenaan tiada di rumah ketika itu.

Terdahulu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa’ad menasihatkan Siti Amiza supaya lebih berhati-hati terhadap perkara yang menyentuh sentimen agama, bangsa dan budaya, pada masa akan datang.

Namun katanya, Siti Amiza perlu menunjukkan keihlasannya dalam permohonan maaf tanpa mempunyai sifat dendam, meskipun diganggu ramai pihak.

“Jangan mohon maaf sebab nak tutup isu sendiri, tapi buka isu lain yang lebih besar. Kemaafan itu seharusnya ikhlas. Jika tidak, lagi ramai yang akan benci dia dan masalah tak akan selesai,” kata Dr Fauziah.- mstar

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *