Home » Langit Terbuka » Dr. Mahathir malu peminjam tidak amanah untuk bayar hutang PTPTN

Dr. Mahathir malu peminjam tidak amanah untuk bayar hutang PTPTN

Pengerusi PTPT berkata, pihaknya menerima banyak permohonan rayuan yang dilihat menggunakan alasan tidak munasabah untuk diberi kebenaran penangguhan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjangkau sehingga RM36 bilion.

Dr. Mahathir berkata, kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN.

“Kita dapati rakyat Malaysia tidak begitu amanah, sebagai contoh kita bagi biasiswa atau pinjaman untuk mereka belajar di dalam dan luar negara tapi malangnya mereka tidak mahu bayar pinjaman balik.

“RM36 bilion hutang tidak dibayar kepada PTPTN, saya rasa malu tetapi mereka (peminjam) tidak. Gaji kalau RM2,000 bayar RM100 pun sudah mencukupi, mereka tidak bayar sebab tidak amanah,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *