Home » 404 - Page Not Found

Boikot berlebihan cermin sifat taasub, rosak agama dan akhlak

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto fail NSTP

GEORGETOWN: Tindakan boikot yang melampau tidak patut digalakkan kerana ia mencerminkan sifat taasub dan kedengkian sekali gus merosakkan agama serta akhlak, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Ia susulan satu hantaran yang menggambarkan pelanggan menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera diumpamakan seperti anjing dan babi.

Menurut Wan Salim, secara prinsipnya tindakan boikot mana-mana restoran, syarikat atau premis perniagaan yang didapati melakukan penghinaan terhadap agama Islam atau umatnya boleh dianggap wajar.

Bagaimanapun kata Wan Salim, ia perlu dilakukan sekadar diperlukan atau secara sederhana sahaja sebagai tanda protes.

Agama Islam tidak suka umatnya bersikap ekstrim dan taasub meskipun atas nama agama kerana sikap demikian lazimnya didorong oleh kejahilan serta fikiran tertutup golongan yang tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berbeza pandangan dan kepercayaan dengannya.

Dalam dunia global masa kini, kehidupan bersama antara sesama warga yang berbeza etnik, agama dan budaya merupakan realiti yang mesti diakui.

“Di sinilah persefahaman dan toleransi amat mustahak malah perlu disedari bahawa dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kadangkala berlaku kejadian yang menggores atau menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada disengajakan atau tidak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, umat Islam memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam mengurus kepelbagaian supaya tidak menambahkan lagi ketegangan yang boleh membawa kepada pergaduhan hingga merugikan semua pihak.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru supaya sentiasa bekerjasama dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan termasuk toleransi antara satu sama lain demi keamanan negara serta kesejahteraan semua.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI