Home » Citra Yadim » FMD minta masyarakat Islam berjimat cermat

FMD minta masyarakat Islam berjimat cermat

 

PUTRAJAYA – Felo Muda Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program street dakwah di beberapa kawasan di sekitar ibu negara dan Putrajaya bagi menyampaikan mesej-mesej dakwah terutamanya seruan untuk berjimat cermat

Program berkenaan telah diadakan di tiga lokasi iaitu bazar Ramadan di Putrajaya, Setapak Indah dan Taman Melati yang secara keseluruhannya telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan pengunjung bazar berkenaan.

Dengan membawa tema `Berjimat Cermat dan Elakkan Pembaziran’, felo-felo muda dakwah yang turut serta da;am program itu telah mendekati orang ramai bagi menyampaikan mesej berkenaan yang sangat relevan bagi semua pihak dalam menyambut musim perayaan ini.

Mesej-mesej telah disampaikan melalui pengedaran kit Ramadan kepada para pengunjung dan penerangan secara langsung kepada mereka.

Program seperti ini diharapkan mampu membentuk pendakwah muda dalam melaksanakan aktiviti dakwah secara kreatif dan santai dengan mesej-mesej yang bersifat universal seperti seruan berjimat cermat dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *