Home » Citra Yadim » FMD terima sijil graduasi

FMD terima sijil graduasi

PUTRAJAYA – Seramai  65 Felo Muda Dakwah (FMD) YADIM sesi 2017 dan 2018 hari ini menerima sijil graduasi masing-masing dalam Majlis Gradusai Felo Muda Dakwah sesi 7 dan 8 yang diadakan serentak dengan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang YADIM 2017.

Kesemua FMD berkenaan iaitu seramai 31 dari FMD 2017 dan 34 dari FMD 2018 menerima sijil masing-masing daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan timbalannya, Ustaz Mohd Zaidi Ramli serta ahli-ahli lembaga pemegang amanah YADIM.

Sementara itu, dalam majlis itu , Mohamad Nasyarudin Mohd Yusof diumukan sebagai penerima Anugerah Keseluruhan Mithali bagi FMD 7 , sementara Muhamad Hakim Adli Abu Bakar dipilih sebagai penerima Anugerah  Kepimpinan Murobbi , Nadia Mohamad  Azman menerima Anugerah Akademik Muaddib dan Siti Zulaiha Mohd Baseri Menerima Anugerah Penulisan Kreatif.

Bagi FMD 8, Mohamad Aizat Syimir Rozani diumumkan sebagai penerima Anugerah Keseluruhan Mithali, sementara Ainil Izyan Nazri menerima Anugerah Kepimpinan Murobbi, Ahmad Al-Munzir Ridzuan menerima anugera Akademik Muaddib dan  Luqmanulhakim Che Arif menerima Anugerah Penulisan kreatif.

FMD merupakan program khas YADIM bagi melatih dan memberi pendedahan kepada golongan belia Malaysia berumur di antara 23 hingga 30 tahun dan mula dilaksanakan pada tahun 2014.

Mereka yang terpilih sebagai FMD diberikan latihan intensif dalam pelbagai aspek kepimpinan, antaranya keilmuan, penulisan dan berhujah secara kritis dan bernas serta berpeluang menghadiri pelbagai program YADIM dan agensi-agensi kerajaan serta bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara.

Mereka yang terpilih adalah di kalangan graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, berlatar belakang akademik agama dan bekas pimpinan belia di pelbagai lapangan.

Sehingga kini sebanyak lapan kumpula FMD telah dilahirkan dengan seramai …. FMD yang terdiri daripada .. lelaki dan ..  perempuan

Di bawah program FMD, mereka diberi modul latihan yang telah disusun yang mana meliputi tiga aspek utama iaitu sahsiah, kemahiran dan ilmu.

Tempoh latihan yang diberikan adalah selama tiga bulan termasuk latihan intensif dan lapangan dan terdapat 15 modul latihan yang telah dibentuk menjadi komprehensif.

Antara modul disediakan termasuk mind setting, perlembagaan dan patriotisme, disiplin, penempatan kampung, penempatan bersama pusat khidmat masyarakat, profesional, kepimpinan dan daie pintar.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *