Home » Langit Terbuka » Hantar Gambar, Video Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan

Hantar Gambar, Video Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan

Gambar dan bukti yang dihantar oleh orang ramai juga akan diambil kira. Oleh itu, hantar butiran insiden ke aduantrafik@jpj.gov.my

KUALA LUMPUR – Notis dan saman akan dikeluarkan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan, terutama sepanjang cuti musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihak berkuasa lebuh raya telah bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memantau lalu lintas melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sepanjang jalan.

Bagaimanapun katanya, orang ramai yang merakam video atau gambar menunjukkan tindakan pemandu menyalahgunakan lorong kecemasan, boleh menyerahkan butiran nombor pendaftaran kenderaan kepada pihak PLUS Malaysia Bhd.

“Lalu lintas akan dipantau oleh JPJ dan pihak berkuasa lebuh raya. Mana-mana kenderaan yang kita terima maklumat melakukan kesalahan, saman akan dikeluarkan.

“Gambar dan bukti yang dihantar oleh orang ramai juga akan diambil kira. Oleh itu, hantar butiran insiden ke aduantrafik@jpj.gov.my,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mengulas mengenai Ops Bersepadu yang bermula sejak 8 Jun lalu, Loke berkata, sebanyak 83 saman yang dikeluarkan adalah atas kesalahan menyalahgunakan lorong kecemasan.

“Tolong jangan salah guna lorong itu kerana anda boleh melambatkan perkhidmatan seperti ambulans dan polis.

“Jangan fikir tindakan anda menggunakan lorong itu tidak dilihat, kerana banyak kamera litar tertutup sedang merakam,” katanya. – ISMAWEB

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *