Home » Citra Yadim » Hari Terbuka YADIM dan NGO Islam Johor meriah

Hari Terbuka YADIM dan NGO Islam Johor meriah

JOHOR BAHRU – Pada 8 Julai lepas telah berlangsung program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Bersama NGO Islam Johor yang turut diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya YADIM Zon Selatan.

Pengarah YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, program berkenaan diadakan bagi merapatkan silaturahim di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Johor dengan YADIM sesuai dengan peranannya sebagai penyelaras NGO Islam di negara ini.

“Pada keseluruhannya program ini telah berjalan dengan baik dan wakil-wakil NGO yang hadir telah mengambil kesempatan ini untuk meluaskan lagi rangkaian mereka yang secara tidak langsung mampu memberi impak kepada kegiatan dakwah di negeri ini,’’ katanya.

Beliau berkata, di antara NGO Islam Johor yang hadir pada majlis berkenaan termasuk Pertubuhan Ikram Johor, Haluan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan beberapa NGO yang lain.

Katanya, peranan menyelaras aktiviti NGO Islam sememangnya merupakan salah satu fungsi teras YADIM dan secara keseluruhannya pihak berkenaan sentiasa menunjukkan minat untuk melaksanakan aktiviti bersama dengan YADIM Zon Selatan.

“YADIM Zon Selatan berharap lebih banyak NGO Islam di Johor tampil bagi melaksanakan program bersama sekiranya bersesuaian yang secara langsung menyemarakkan lagi aktiviti dakwah di negeri ini,’’ katanya.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Penasihat Agama Negeri Johor yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dato’ Nooh Gadot dan Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Redhauddin Kamaruzaman.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *