Home » Citra Yadim » Himpunan 276 pemimpin muda

Himpunan 276 pemimpin muda

Datuk Dr. Asyraf Wajdi sedang menyampaikan ucap utamanya.

 

PASIR PUTEH 10 Feb – Seramai 276 pemimpin muda dari 69 sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia berkumpul di Sekolah Menengah Sains Pasir Putih, di sini sejak 8 Februari sehingga 11 Februari bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu kepimpinan dan Islam masa kini.

Program berkenaan, Persidangan Pemimpin Muda Islam Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2018 adalah yang pertama kali diadakan dan dilihat sebagai platform kepada pemimpin muda menyerlahkan idea-idea mereka yang meliputi konteks pendidikan dan dakwah, sosial dan ekonomi.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Penyelaras program ini dari YADIM, Abdul Hafiz Mat Tuah berkata, program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar SBP untuk mengentengahkan pandangan dan kajian yang telah dibuat berhubung isu-isu yang ditetapkan.

“Penganjur berharap melalui persidangan ini, segala idea, ilmu dan dapatan kajian dapat dibentangkan dan dijadikan asas untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Selain itu, program ini juga sekaligus membentuk masyarakat berpengetahuan tinggi, berilmu dan beramal,’’ katanya.

Beliau berkata, antara objektif program adalah untuk menyediakan platform kepada pemimpin muda untuk bersikap cakna dan kritis terhadap persoalan kepimpinan dan Islam serta menyemarakkan kegiatan ilmu dan budaya intelektual.

Persidangan ini sebelum ini telah diserikan dengan ucaptama oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 8 Februari (Jumaat).

Dalam ucaptamanya, beliau telah menekankan peri pentingnya pembinaan generasi muda dalam menjamin masa depan negara terus cemerlang.

Beliau berkata, sejarah membuktikan bahawa kejatuhan sesebuah negara itu adalah berpunca dari kelemahan mereka sendiri dan dengan sebab itu jati diri generasi muda harus sentiasa dipupuk bagi membentuk sebuah masyarakat yang kuat.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *