Home » Langit Terbuka » Interpol batal tangkap Zakir Naik

Interpol batal tangkap Zakir Naik

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Polis antarabangsa (Interpol) memba­talkan notis arahan tangkap terha­dap Dr. Zakir Naik dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam segala data mengenai pendakwah antarabangsa itu, daripada fail mereka.

Menurut portal berita www.timesnownews.com, langkah itu di­buat berikutan pihak berkuasa India didapati gagal untuk mengeks­tradisi Dr. Zakir yang kini berada di Malaysia.

“Interpol telah membatalkan notis arahan tangkap terhadap Dr. Zakir dan mengarahkan pejabat di seluruh dunia mema­dam segala data mengenai Zakir termasuk alasan kecenderungan politik dan agama. Interpol menegaskan terdapat kekurangan bukti, kegagalan pihak berkuasa India untuk menuruti proses perundang­an, kecenderungan politik dan agama selain kurang kepentingan antarabangsa yang membuatkan notis itu dikeluarkan,” menurut jurucakap Dr. Zakir hari ini.

Pada 8 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang berada di negara ini atas dakwaan mempromosi aktiviti keganasan di negara itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sekiranya kerajaan India ada membuat permohonan itu berdasarkan Bantuan Undang-Undang Bersama, Malaysia akan memenuhi permintaan itu dengan menghantar Dr.Zakir ke negara asalnya itu. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *