Home » Langit Terbuka » Jaminan elaun sara hidup nelayan tidak dihenti

Jaminan elaun sara hidup nelayan tidak dihenti

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pemberian elaun sara hidup secara bulanan kepada nelayan tidak akan dihentikan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan elaun sara hidup nelayan, kata Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata selain elaun berkenaan, insentif seperti subsidi diesel yang diberikan kepada golongan itu sejak 2008 juga akan diteruskan.

“Saya mahu YB (Tangga Batu) dengar kenyataan dari kementerian saya sahaja, jangan dengar cakap-cakap pihak lain, jaminan yang diberikan oleh kerajaan ialah tidak sekali-kali sebarang elaun dihentikan dan insentif yang termaktub sejak 2008 akan dipastikan diterima golongan nelayan,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang mahu menteri menyatakan  adakah benar ada cadangan kerajaan akan menghentikan insentif kepada nelayan termasuk elaun, subsidi diesel dan insentif 10 sen hingga 20 sen bagi setiap hasil tangkapan oleh nelayan.

Sebelum ini, pada Jun lepas, Salahuddin berkata pemberian elaun sara hidup secara bulanan kepada nelayan tidak akan dihentikan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih pentadbiran negara.

 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1631760

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *