Home » Citra Yadim » Kaedah Siyasah Syariyyah pendekatan terbaik selesai masalah kehidupan

Kaedah Siyasah Syariyyah pendekatan terbaik selesai masalah kehidupan

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kaedah Siyasah Syariyyah merupakan pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah kehidupan masyarakat dan bernegara walaupun melibatkan hubungannya dengan yang bukan Islam.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohd. Zaidi Ramli berkata, apabila melibatkan hubungan dengan bukan Islam hendaklah dilaksanakan meneruskan proses ijtihad (perundingan) secara ilmiah, mengambil kira faktor sejarah, sumber keputusan pendahulu (precedent) dan kepentingannya kepada masyarakat secara meluas.

“Peranan Siyasah Syariah sebagai institusi dalam penetapan syariat hendaklah diiktiraf dan disesuaikan dengan pelbagai bentuk sistem politik yang digunapakai oleh sesebuah negara.

“Apabila digunapakai hendaklah dilaksanakan secara berkesan oleh badan-badan penyelaras legitimasi agama Islam di peringkat kebangsaan secara harmoni dan diterima sebagai keputusan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan 17 Resolusi Simposium Siyasah Syariyyah 2018 – Dalam konteks Peradaban Politik Masa Kini anjuran Yadim yang berlansung selama sehari di sini, hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, simposium juga bersetuju supaya sebarang bentuk desakan, cubaan ataupun kritikan bersifat destruktif ke atas institusi-institusi Islam hendaklah ditolak atau dihalang.

“Manakala kumpulan-kumpulan pendesak yang terbabit hendaklah dipanggil untuk berunding dan dijernihkan pemikirannya,” katanya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *