Home » Langit Terbuka » Keluarga yakin suami ‘racun’ Puji Kuswati jadi militan

Keluarga yakin suami ‘racun’ Puji Kuswati jadi militan

Letupan bom bunuh diri di hadapan GKI Jl Diponegoro, Kota Surabaya, Jawa Timur, pada Ahad (13/5/2018).

JAKARTA – Perkahwinan pasangan suspek militan, Dita Oepriarto dan Puji Kuswati yang meletupkan diri di tiga gereja di Surabaya, Ahad lalu tidak pernah direstui keluarga.

Perkara itu didedahkan Rusiono, wakil keluarga Puji Kuswati di Banyuwangi.

“Dia (Dita) bersikap pelik terutama soal pemahaman keagamaan. Jadi keluarga di Banyuwangi menolak, tetapi mereka tetap nekad untuk bernikah,” katanya,

Tambahnya, selepas bernikah perubahan sikap Puji amat ketara dan cenderung tertutup bahkan kepada keluarganya sendiri.

Katanya lagi, Puji juga jarang pulang menziarahi keluarga di Banyuwangi mahupun di Magetan.

“Kalau pulang pun…tidak pernah lama dan jarang bergaul dengan keluarga,” ujar Rosiono.

Pada Ahad lalu, polis mengesahkan enam sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan melancarkan pengeboman bunuh diri di tiga gereja Indonesia ketika sesi keagamaan, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan berpuluh lain dalam serangan didakwa Daesh.

Pengeboman di tiga gereja itu adalah yang terburuk di Indonesia selama bertahun, ketika negara majoriti Islam di dunia itu bergelut menangani militan tempatan dan meningkatkan sikap tiada toleransi terhadap minoriti agama.

Laporan media tempatan berkata, mereka mungkin baharu pulang dari Syria, di mana ratusan rakyat Indonesia berkumpul berjuang bersama Daesh.

Wanita terbabit dikenal pasti sebagai Puji Kuswati dan dua anak perempuannya memakai niqab dan bom yang dilekatkan pada pinggang ketika memasuki Gereja Kristen Indonesia Diponegoro sebelum meletupkan diri.

Si bapa, pemimpin sel JAD, Dita Oepriarto, membawa kenderaan dipenuhi bom ke Gereja Pusat Pentecostal Surabaya sementara anak lelakinya menunggang motosikal merempuh gereja Santa Maria, dan meletupkan bom dibawanya. – Detik News

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *