Home » Langit Terbuka » Kembalikan Perpaduan – Sultan Nazrin

Kembalikan Perpaduan – Sultan Nazrin

Sultan Nazrin bersama Menteri Besar Perak di Me­­­­s­yua­rat Majlis Raja-Raja Ke-249

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, usaha mengembalikan perpaduan dalam kalangan rak­yat wajib dilaksanakan selepas mereka dilihat berpecah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Titah baginda, tidak dapat dinafikan bahawa suasana hangat yang berlaku semasa kempen PRU-14 yang lalu telah sedikit sebanyak membahagikan rakyat kepada dua pihak yang bertentangan.

“Demi masa hadapan negara, usaha ke arah mengembalikan perpaduan rakyat wajib dirintis dengan mengamalkan budaya demokrasi yang tinggi, mewujudkan semangat inklusif bahawa yang menang tidak menang semua dan yang tewas tidak pula tewas semua,” titah bagin­da.

Baginda bertitah demikian ke­tika mempengerusikan Me­­­­s­yua­rat Majlis Raja-Raja Ke-249 Hari Yang Pertama di Istana Negara di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dijadualkan pada 8 dan 10 Mei yang lalu, namun diperkenankan untuk di­tangguhkan ke hari ini selepas Raja-Raja dan Yang di-Pertua ne­geri ketika itu memahami PRU-14 diadakan pada 9 Mei lalu.

Mesyuarat Hari Kedua, Majlis Raja-Raja Ke-249 akan diadakan esok di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan berangkat ke mesyuarat tersebut de­ngan diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Titah Sultan Nazrin lagi, Majlis Raja-Raja pada hari ini juga menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah membolehkan PRU-14 berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

“Pemilihan pengundi dalam PRU-14 telah menghasilkan ke­pu­tusan yang telah mengubah landskap politik dan meninta satu sejarah baharu di dalam negara. Alhamdulillah, proses peralihan kuasa telah berlangsung secara teratur, tenteram dan aman.

“Suasana peralihan yang berlaku membuktikan bahawa warga Malaysia telah mempamerkan sifat kematangan berpolitik dan membuktikan kepada du­nia bahawa amalan demokrasi di negara ini bukan sahaja berakar subur malah tetap mencapai tahap kedewasaan,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin juga mengingatkan bahawa Maj­lis Raja-Raja merupakan forum yang unik dan istimewa yang mempertemukan institusi raja berperlembagaan dengan institusi rakyat yang diwakili oleh ketua-ketua kerajaan negeri.

“Urusan Majlis Raja-Raja dilakukan secara musyawarah dan perbincangan Majlis Raja-Raja tidak semuanya dihebah. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-nazrin-kembalikan-perpaduan-1.707513

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *