Home » Citra Yadim » Kembara Muamalah Masjid 2018  di Kampung Tegageng Miri

Kembara Muamalah Masjid 2018  di Kampung Tegageng Miri

MIRI – Pada 29 Julai, siri “Kembara Muamalah Masjid 2018” diteruskan ke Sarawak dan kali ini lokasi yang menjadi pilihan adalah Kampung Tegageng Miri Sarawak.

Pada program kali ini, pengisiannya adalah berkaitan `riba’ bagi memberi kesedaran kepada para peserta mengenai hakikat riba yang boleh merosakkan masyarakat.

Eksekutif Kanan YADIM, Muzaffar Abd Rahim, walaupun perjalanan ke Kampung Tegageng ini mencabar, ia bukan penghalang YADIM menyebar luas kefahaman mengenai muamalah Islam ke seluruh negara termasuk kawasan-kawasan pedalaman.

“Cabaran ulama terdahulu yang berusaha keras membina kefahaman muamalah yang berlandaskan Islam menjadi inspirasi kekuatan YADIM dalam meneruskan usaha berkenaan sehingga semua pihak mendapat informasi berkaitan,’’ tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *