Home » Citra Yadim » Kemboja : Saf Negeri Sembilan Mulakan Persiapan Misi Bantuan

Kemboja : Saf Negeri Sembilan Mulakan Persiapan Misi Bantuan

NEGERI SEMBILAN – Sukarelawan AL Falah YADIM (SAF) Negeri Sembilan akan menghantar pasukannya ke Kemboja bersempena raya Aidil Adha ini untuk membawa misi kemanusiaan dengan melaksanakan ibadah korban.

Maka pada 15 Ogos 2018, SAF Negeri Sembilan melakukan persediaan misi kemanusiaan ini secara gotong royong.

“Kami bukan sahaja memandang dan memahami mereka, malah kami cuba membantu dengan kudrat yang ada, kami tahu ia tidak sempurna tetapi lebih baik menghulur bantuan daripada berpeluk tubuh. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah” ulas Tuan Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti Dan Kemasyarakatan YADIM.

Difahamkan lebih 30 orang ahli SAF Negeri Sembilan terlibat misi ke Kambodia yang diketuai oleh Penyelaras Program yang juga Timbalan Pesuruhjaya SAF Kebangsaan Ust Abdul Latif Bin Mohd Yunus.

Kesemua barangan yang dipersiapkan akan dibawa ke Kemboja pada 24 – 27 Ogos 2018.

Ternyata faktor umur bukan penghalang untuk menghidupkan jiwa sukarelawan tetapi semangat dalam diri yang menjadikan semuanya mudah.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *