Home » Langit Terbuka » Kemudahan ibadat Muslim di Piala Dunia Rusia

Kemudahan ibadat Muslim di Piala Dunia Rusia

Rusia sudah bersiap sedia untuk menganjurkan Piala Dunia.

MOSCOW –  – Tujuh negara Islam atau majoriti Islam akan bersaing pada Piala Dunia 2018 di Rusia, iaitu Maghribi, Tunisia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Senegal, dan Nigeria.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa  (FIFA) bakal mengeluarkan satu panduan perjalanan bagi membantu kira-kira 100,000 pengunjung beragama Islam ke Piala Dunia yang lengkap dengan informasi mengenai masjid, restoran halal, waktu solat dan sebagainya.

Dalam satu wawancara, Setiausaha FIFA, Fatma Samoura berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memberikan layanan terbaik kepada peminat-peminat bola sepak yang akan berada di Rusia.

“Piala Dunia tahun ini akan menampilkan tujuh pasukan yang majoriti pemainnya adalah Muslim dan mereka serta para peminat dari kalangan orang Islam akan berpuasa selama sebulan yang berakhir sehari sebelum sepak mula Piala Dunia,’’ katanya.

Beliau berkata, FIFA ingin memastikan semua pemain, kaki tangan atau  peminat dari kalangan orang Islam mendapat semua informasi yang diperlukan.

Rusia akan bertemu Arab Saudi pada perlawanan pembukaan di Stadium Luzhniki di Moscow pada 14 Jun, yang bertepatan dengan perayaan Aidil Fitri.

Menurut Dewan  Muslim Pusat Rusia, terdapat sekitar 30 juta warga Rusia beragama Islam dan sejumlah 50,000 masjid di seluruh negara berkenaan.

“Saya yakin tidak ada isu diskriminasi sama sekali. Tetamu kami  yang beragama Islam akan merasakan seperti berada di rumah sendiri,” tambah Samoura.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,  pasukan Maghribi akan memulakan kempen Piala Dunia 2018 pada 15 Jun menentang Iran, selepas dua kali gagal layak ke pertandingan terunggul dunia itu.

Pasukan dengan gelaran  The Atlas Lions, kembali ke Piala Dunia  setelah mengungguli fasa kualifikasi dengan mengalahkan pasukan-pasukan dari Ivory Coast, Gabon dan Mali.- Mi’raj News Agency (MINA)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *