Home » Langit Terbuka » Kerajaan Akan Bertemu Ulama, Cendekiawan Untuk Mantapkan Islam

Kerajaan Akan Bertemu Ulama, Cendekiawan Untuk Mantapkan Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

PARIT BUNTAR – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para ulama dan cendekiawan Islam termasuk pentadbir agama Islam dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas mengenai hal ehwal Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Saya bagi jaminan kepada rakyat bahawa pentadbiran Islam betul-betul diberikan satu input yang baik melalui satu badan yang bebas supaya tidak dilihat mempunyai kepentingan politik.

“Raja-raja Melayu dan pihak istana akan menyokong usaha baik ini kerana mereka merupakan pelindung kepada agama Islam bahkan Majlis Raja-Raja mahu melihat pentadbiran Islam lebih baik dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Parit dan ADUN Titi Serong di Dataran Kerian Permai di sini, hari ini.

Mujahid yang juga wakil rakyat Parlimen Parit Buntar turut memberi jaminan JAKIM tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1478296

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *