Home » Langit Terbuka » Ketepikan sentimen, kekalkan keamanan

Ketepikan sentimen, kekalkan keamanan

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di Masjid Kampung Paya Bungor, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 20 Mei – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ah­mad Shah menitahkan se­mua pihak menghormati ke­putusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seterusnya me­ngekalkan keamanan yang di­nikmati masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Baginda mengingatkan supa­ya tiada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perasaan kurang selesa dengan bertindak mewujudkan ketegangan dan permusuhan sehingga boleh menjejaskan semangat permuafakatan serta perpaduan dalam kalangan rak­yat.

“Semua pihak perlu mengetepikan sebarang sentimen dan emosi serta perlu terus mengekalkan keharmonian, saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.

“Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Keharmonian yang tercipta ini adalah hasil toleransi antara kaum dan agama,” titah baginda dalam majlis berbuka puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan memerlukan bantuan di Masjid Kampung Paya Bungor dekat sini semalam.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Abd. Rahim Muda.

Dalam majlis yang disertai kira-kira 500 penduduk itu, baginda turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.

Tengku Abdullah turut me­ngingatkan semua pihak agar tidak terlalu ghairah mengejar agenda tertentu sehingga me­ngorbankan perpaduan negara dan mengambil jalan pintas de­ngan mempolitikkan setiap aspek kehidupan.

Tindakan sedemikian, titah baginda, boleh membawa kepada kehancuran negara dan menyebabkan kehilangan apa yang dimiliki pada masa ini. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *