Home » Persuasif » Kewajipan menunaikan zakat kepada institusi zakat

Kewajipan menunaikan zakat kepada institusi zakat

Pemerintah melantik amil-amil sebagai pemegang amanah memungut dan menguruskan zakat bagi kepentingan ekonomi dan maslahah umat Islam.

SEBELUM zakat ditadbir dan diurus secara lebih sistematik oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada kadar nisab, haul dan had kifayah sebagaimana yang diamalkan sekarang, negara Islam Madinah bergantung sepenuhnya kepada sumber as-sadaqat (sedekah, sumbangan sukarela) bagi membiayai pentadbiran dan operasinya.

Kewajipan Menunaikan Zakat

Baginda SAW pernah memerintahkan beberapa orang sahabatnya untuk keluar memungut as-sadaqat, bagi menampung kos pembangunan dan operasi Kota Madinah termasuk projek infrastruktur yang bakal dilaksanakan.

Namun selepas turunnya wahyu, zakat menjadi suatu kewajipan sebagaimana firman-Nya;

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. at-Taubah : 103.

Pemerintah melantik amil-amil sebagai pemegang amanah memungut dan menguruskan zakat bagi kepentingan ekonomi dan maslahah umat Islam.

Jumhur fuqaha’ bersetuju bahawa ayat al-Quran di atas merupakan dalil wajibnya menunaikan zakat kepada pemerintah.

Dalam konteks Malaysia, pengurusan dan pentadbiran zakat dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing kerana Sultan atau Raja di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam negeri.

Selaku Ketua negara Islam Madinah, Rasulullah SAW berhak mengutip zakat dan melantik amil-amil di kalangan para sahabat baginda yang terpilih dan memenuhi kriteria tertentu bagi mengurus dan mentadbir hasil mahsul negara.

Dalil di atas juga menjadi hujah kukuh bagi Abu Bakar as-Siddiq, selaku Ketua negara Islam Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW, untuk mengutip zakat, sehinggakan beliau berkata;

“Jika mereka enggan membayar walaupun seekor kambing yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah, nescaya akan aku perangi mereka itu”.

Zakat merupakan sumber ekonomi dan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Sebarang elemen dan anasir yang cuba menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat dianggap sebagai perosak kepada ekonomi umat Islam.

Lebih jauh dari itu, jika mereka bersekongkol dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam menyerang institusi dan organisasi yang mengurus dan mengendalikan zakat, maka mereka selayaknya dianggap sebagai musuh Islam.

Justeru itu, timbul persoalan tentang agenda pihak-pihak tertentu yang menggalakkan pembayar zakat menunaikan kewajipan berzakat dengan memberi terus kepada golongan asnaf tanpa melalui amil-amil yang dilantik oleh institusi zakat.Apa agenda mereka sebenarnya?

Perlu diberikan perhatian juga, amil juga adalah asnaf yang layak menerima zakat.- KISAH ZAKAT MALAYSIA:

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *