Home » Ensiklopedia » Khasiat Susu Kambing

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah umatmu.”

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah Rasulullah SAW. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia.

Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *