Home » Langit Terbuka » Khutbah Arafah dalam lima bahasa termasuk Melayu

Khutbah Arafah dalam lima bahasa termasuk Melayu

Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah berkata, kemudahan terjemahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris

MAKKAH  – Imam Besar dua masjid agung di Makkah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah dalam lima bahasa bagi membolehkan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.

Sheikh Abdul Rahman berkata kemudahan  itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijangka menyampaikan khutbah Arafah pada musim Haji tahun ini dalam bahasa Arab.

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Melayu, yang merupakan  sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Waljamaah, dan fahaman ini  berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina,  Singapura, Indonesia dan Malaysia.

“Urdu adalah bahasa rasmi Pakistan, dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tempat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi  Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya kepada editor media di  sini.

 

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1631812

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *