Home » Analitis » Kita terlalu banyak berhibur

Kita terlalu banyak berhibur

Sesungguhnya dunia seni dan hiburan amat indah dan sensitive,disukai dan dicemburui malahan sering disksploitasi sehingga menjerumus umat kejurang maksiat.Pada hakikatnya Islam tidak anti seni, namun  perlu diingat bahawa pengisian kehidupan ini bukan semata-mata untuk hiburan.Kemewahan serta limpahan rezeki yang diberikan oleh Allah swt sepatutnya dimanafatkan pada jalan menegakan amar makruf dan mencegah kemungkaran.

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan(dengan)sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram,rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat,tetapi(penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah,kerana itu Allah merasakan kepada ,mereka pakaian kelaparan dan ketakutan,disebabkan apa yang selalu mereka perbuat”(An-Nahl:112)

Kita bimbang perkembangan pesat dunia hiburan kita hari ini akan bertukar kepada amalan maksiat dan perilaku sumbang sehingga melanggar batasan dan hukum Allah.Ini kerana bila  amalan durjana  banyak berleluasa dan melebihi kebaikan maka akan  muncullah huru- hara, kerosakan serta bala bencana seperti gempa bumi, pembunuhan  dan kezaliman dimana- mana tanpa hadnya.Justeru itu Allah pernah menegaskan dalam surah  Isra ayat 16 yang bermaksud “Dan bila sampai tempuh Kami hendak membinasakan penduduk  sesuatu tempat dan negeri  itu, akan Kami arahkan  mereka yang melampau dalam semua perkara, lalu mereka melakukan kerosakan dalamnya(kampong dan negeri itu) , maka berhaklah Negara itu untuk dibinasakan, lalu Kami hancurkannya dengan sehancur- hancurnya”

Semuanya terjadi kerana kita selalu membuat maksiat, jauh dari tunduk dan taat kepada Allah swt. Kerana kita harus akui bahawa Allah swt tidak akan menimpakan kita musibah kecuali kerana adanya maksiat. Dan tidak akan mencabutnya kembali kecuali dengan adanya taubat dan istighfar.

Kalau bukan kerana maksiat kenapa iblis dilaknat Allah swt? Dijauhkan dari rahmat-Nya, diusir dari syurga dan alam malakut-Nya, dijadikan lemah dan hina. Firman Allah swt dalam surah Al-Hijr ayat 34-35:

“Keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat”.

Kalau bukan kerana maksiat apa sebabnya Allah swt menumpahkan air dari langit, memuntahkannya ke bumi. Hingga mereka umat Nabi Nuh as yang kafir dan derhaka itu tenggelam dan binasa. Mati terkubur di dalam lumpur.

Kalau bukan kerana maksiat apa yang menyebabkan Allah swt menghancurkan kaum Nabi Hud,kaum Tsamud,kaum Nabi Luth,negeri Firaun dan kaum Yahudi.Mereka yang dilaknati ini adalah yang tidak beriman,melakukan perzinaan,homosexsual,curang dalam takaran dan timbangan dan menghalangi orang untuk beriman atau saperti kaum ‘Ad yang disebabkan tidak memurnikan ajaran tauhid dan bersujud kepadaNya,Allah mengirim mereka angin panas yang memusnahkan nya.

Hari ini cuba kita duduk 24 jam di hadapan televisyen dan kita kaji berapa peratuskah hiburan yang melalaikan dengan hiburan yang dapat menberi manafat kepada kita.Pengaruh atau resapan media visual dan non-visual  yang lebih banyak berunsur hiburan yang sangat-sangat tidak terkawal dengan dalih seni dan hak-hak manusia.

“Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang terburok”(Al-Isra:32)

Dan dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa diantara kamu yang menemui mereka yang melakukan perbuatan kaum Luth(homoseksual)maka bunuhlah kedua pelakunya”(Riwayat Abu Daud Dan Tarmizi)

Segala sesuatu kini telah  terbalik,yang hak dikatakan dan dianggap batil,yang batil dipertahankan dan tidak malu-malu dihadapan yang hak.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam masalah ini?Sudah tentu kita semua bertanggungjawab,kita sebagai umara,ulama mahupun peribadi-peribadi Muslim.

“Jikalau sekiranya penduduk-penduduk negeri beriman dan bertakwa,pastilah kami limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi,tetapi mereka mendustakan(ayat-ayat)itu,maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”(Al-Araf:96)

Demikian pula Allah menegaskan didalam surat Al-Maidah ayat 78-79,bahawa salah satu sebab dilaknatnya(dijauhi dari rahmat Allah) suatu bangsa apabila bangsa itu meninggalkan kewajipan saling melarang perbuatan mungkar yang berlaku disekitar mereka.

Ambilah ikhtibar dari kejatuhan tamaddun besar saperti Rom, Parsi,Tamadun Ummayyah,Abbasiyah,semuanya kerana terlau banyak berhiburdan bersuka ria. – ABABIL

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *