Home » Ensiklopedia » Kurma- Makanan sunnah

Kurma- Makanan sunnah

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini juga meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.

Kurma telah menjadi hidangan utama RasulullahSAW sepertimana hadis yang diriwayatkan sendiri oleh isterinya, Aisyah RA: “Keluarga Muhammad tidak pernah makan hingga dua kali dalam sehari melainkan salah satunya dengan kurma.” (HR Bukhari, No 5974).

Amalan memakan kurma juga memberikan kesihatan buat bayi seperti hadis Rasulullah SAW: “Dari Abu Musa dia berkata: “Aku pernah memiliki anak yang baru lahir, lalu aku serahkan kepada Nabi SAW, kemudian Baginda memberinya nama Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma (mengunyah kurma kemudian menyuapkannya ke mulut bayi), setelah itu beliau mendoakannya dengan keberkahan, lalu Baginda mengembalikannya kepadaku. Dan dia adalah anak yang paling besar dari anaknya Abu Musa.” (HR Bukhari, No 5730).

Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah SWT telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa AS (Maryam: 25-26). Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia. – MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *