Home » Citra Yadim » Membentuk Keluarga Impian

Membentuk Keluarga Impian

SUNGAI PETANI – Pembentukan sesebuah keluarga itu adalah di antara perkara penting dalam ajaran Islam kerana melaluinya dapat membentuk keperibadian umat Islam dan seterusnya mampu memacu kejayaan ummah, demikian menurut Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara, Hafsah Husain.

Beliau berkata, justeru itu, YADIM Zon Utara komited untuk mengadakan program-program yang menjurus kepada pembinaan institusi keluarga menurut acuan Islam agar generasi muda Islam kelak mampu menjadi pemacu kepada kejayaan ummah dan negara ini.

Katanya, pada 26 Mei lalu, YADIM Zon Utara telah mengadakan program Forum Keluarga Impian bagi mendedahkan kepada masyarakat Islam mengenai peri pentingnya pembinaan institusi kekeluargaan Islam.

Menurutnya, program telah diadakan di Masjid Al-Mutmainnah dan diberikan sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar.

“Program ini diadakan juga bersempena bulan Ramadan bagi mengisi aktiviti dakwah agar sentiasa berterusan kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan adalah kolaborasi di antara YADIM dan Persatuan Cina Muslim Malaysia Kulim (MACMA) dan beberapa pertubuhan Islam yang lain.

Forum ini dibarisi ahli panel iaitu Ustaz Zuhri bin Husain, Ustaz Haji Abdul Malik Abdullah dan Ustaz Rahim Senawi sebagai moderator.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *