Home » Citra Yadim » Membetulkan persepsi bukan Islam kepada Islam

Membetulkan persepsi bukan Islam kepada Islam

z sel (1) z sel (2) z sel (4)

 

JOHOR BAHRU 17 Nov. – Dalam usaha memberi pendedahan mengenai Islam kepada bukan Islam di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Islamic Talk “Menuju Kebahagiaan Bersama” pada 14  November bertempat di Pei Chun High School, Pontian.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, antara tujuan program berkenaan dijalankan adalah bagi membetulkan persepsi segelintir bukan Islam mengenai ajaran Islam dan sekaligus membina perpaduan masyarakat di negara ini.

“Masih banyak perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat bukan Islam mengenai agama Islam meskipun mereka tinggal berjiran dengan orang Islam dan ini kadangkala menimbulkan persepsi negatif sesama mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan memfokuskan pelbagai isu berkaitan Islam terutamanya mengenai halal haram dan kenapa Islam mengharamkan sesuatu perkara itu.

z sel (3)

Katanya, program itu telah disertai oleh 1,200 pelajar dan sememangnya fokus tertumpu kepada golongan muda iaitu pelajar sekolah aliran Cina yang tidak begitu terdedah dengan masyarakat Islam secara langsung.

“Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamatnya terutama memberi kesedaran dan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan terhadap budaya dan cara hidup Islam,’’ katanya.

Beliau berkata, dua ahli panel program berkenaan ialah Ketua Bahagian Mandarin di Brainybunch International Montessori  and School,  Sarah Cui Abdullah dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Ampang, Lim Jooi, manakala Mohamad Shaiful Bahri Abdullah bertindak sebagai moderator.

Program berkenaan mendapat kerjasama daripada PERKIM,  Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *