Home » Citra Yadim » Mendekati penduduk pedalaman Sabah

Mendekati penduduk pedalaman Sabah

KOTA KINABALU – Pada 7 dan 8 April 2018 lalu telah berlangsung program `YADIM Bersama Anda’ bersempena program ziarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  dan Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) ke Desa Melinsou Ranau.

Pada program itu, pelbagai aktiviti telah diadakan khusus untuk penduduk di kawasan pedalaman itu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Haji Samin Ongki berkata, program ziarah itu merupakan kerjasama di antara  YADIM Zon Sabah dan PDIS,  bertujuan  untuk mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli sebagai wadah perjuangan sosial dan ekonomi masyarakat Dusun di Sabah.

“Program ziarah ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan meringankan sedikit beban penduduk yang kurang berkemampuan di samping memberikan panduan asas serta bimbingan agama kepada saudara kita di kampung berkenaan,’’ katanya..

Beliau berkata, PDIS memilih untuk mengadakan program ziarahdi Kampung Tanid, Mukim Melinsou Ranau yang  terletak kira-kira 52 kilometer dari pekan Ranau dengan bilangan rumah dianggarkan sebanyak 62 buah dan mempunyai bilangan penduduk seramai 400 orang.

Menurutnya, program yang diadakan itu dapat mendekatkan masyarakat kampung di kawasan pedalaman sekitar Mukim Melinsou yang kebanyakannya adalah berketurunan Dusun dan beragama Islam.

“Program ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan 4×4 Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Daerah Ranau dan Masjid Kampung Tanid, Melinsou Ranau,’’ katanya.

Sepanjang dua hari program itu dilaksanakan pelbagai aktiviti diadakan bermula dengan taklimat pengenalan YADIM yang disampaikan oleh Eksekutif Kanan YADIM Zon Sabah, Ustaz Ramlee Bin Daud.

Aktiviti lain yang diadakan termasuk ceramah agama yang disampaikan oleh Pegawai Dakwah Daerah Telupid, Ustaz Badrul Hisyam Bakar, Klinik Al-Fatihah, taklimat keselamatan dan cara-cara pencegahan kebakaran  oleh Ketua Balai Bomba Daerah Ranau, Wasli Saupin.

Turut diadakan ialah acara sukaneka kanak-kanak, kenduri kampung, gotong-royong membina mercu tanda sempena program ziarah dan membaik pulih pagar serta penanda masjid dan pemberian sumbangan kepada saudara kita, golongan asnaf dan beberapa penduduk bukan Muslim yang tidak berkemampuan.

Selain program berkenaan, turut diadakan adalah lawatan ke rumah saudara kita dan golongan asnaf.

Dianggarkan seramai 200 orang  yang terdiri daripada penduduk Kampung Tanid, Kampung Sumbilig dan Kampung Linapasan sekitar Melinsou, Ranau turut serta dalam program-program yang dilaksanakan itu.

Selain kakitangan YADIM, turut serta dalam program ini adalah urus setia daripada PDIS seramai 45 orang.

Turut hadir ialah Setiausaha PDIS,  Patrick @ Sulaiman Sabri, dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril  Yusof.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *