Home » Langit Terbuka » Modric pemain terbaik Piala Dunia

Modric pemain terbaik Piala Dunia

Aksi cemerlang secara konsisten Modric melayakkan beliau dipilih pemain terbaik Piala Dunia 2018

 

Moscow – Kapten Croatia, Luka Modric menerima anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik Piala Dunia, walaupun pasukannya tewas 2-4 kepada Perancis dalam aksi final di Moscow.

Sebelum ini, Modric pernah dipilih selaku pemain terbaik sebanyak tiga kali ketika Croatia mengharungi tujuh perlawanan di Russia.

Namun, perancang tengah Real Madrid itu seolah-olah hilang kawalan untuk menghalang gerakan pemain Perancis terutama pemain sensasi berusia 19 tahun, Kylian Mbappe, yang turut dipilih menerima anugerah Pemain Muda Terbaik.

Mbappe meledak empat gol termasuk satu gol ketika final menentang Croatia.

Sementara itu, Harry Kane pula sukar digugat bagi anugerah Kasut Emas selaku penjaring gol terbanyak kejohanan dengan jumlah enam gol.

Bintang Tottenham itu mendahului dengan dua gol, mengatasi Antoine Griezmann dan Mbappe, yang masing-masing turut meledak jaringan ketika Perancis menang ke atas Croatia.

Kane adalah kapten England pertama yang menerima anugerah itu selepas Gary Lineker melakukannya pada 32 tahun lalu.

Info: Anugerah Piala Dunia
Pemain Terbaik – Luka Modric (Croatia)
Pemain Muda Terbaik – Kylian Mbappe (Perancis)
Penjaga Gol Terbaik – Thibaut Courtois (Belgium)
Pemenang Kasut Emas – Harry Kane (England)
– Berita Harian Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *