Home » Langit Terbuka » Mujahid umum tabung kebajikan guru KAFA RM2.6 juta

Mujahid umum tabung kebajikan guru KAFA RM2.6 juta

Tabung Kebajikan Guru KAFA merupakan penghargaan kepada golongan pendidik agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Bernama

BANGI – Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan akan dibantu menerusi tabung kebajikan.

Mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jumlah keseluruhan tabung itu adalah RM2.6 juta dan akan diagihkan ke seluruh negara mengikut jumlah guru-guru KAFA setiap negeri.

Insiatif itu merupakan penghargaan kepada golongan pendidik agama tersebut, katanya.

“Ini hendak mulakan. Dana kebajikan yang dikhususkan kebajikan guru-guru KAFA sahaja dan tidak termasuk pelaksanaan program. Dana ini akan menampung setiap negeri akan mendapat mengikut bilangan guru KAFA.

“Menerusi tabung ini, saya berharap kebajikan guru KAFA seluruh negara terjamin dan dapat membela nasib mereka dari kami di atas ini,” katanya.

Beliau mengumumkan Tabung Kebajikan Guru KAFA itu sempena Konvensyen Penyelia Kafa peringkat kebangsaan 2019 di Institut Latihan Islam Malaysia hari ini (26 Ogos).

Dana tabung itu, menurut Mujahid boleh digunakan untuk kes kematian (RM1,000), kematian keluarga terdekat (RM500), banjir yang menyebabkan guru terpaksa pindah (RM300), kemalangan atau dimasukkan ke hospital (RM200), menunaikan haji (RM200) dan penghargaan kepada yang bersara (RM200).

Mengulas lanjut permintaan guru-guru KAFA agar elaun mereka dinaikkan, Mujahid berkata, ia masih dalam proses rundingan dengan pihak berwajib.

“Saya harap ada berita gembira untuk kenaikan elaun guru KAFA,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *