Home » Citra Yadim » Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah Peringkat Negeri Sabah 2018

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah Peringkat Negeri Sabah 2018

KOTA KINABALU – Syiar Islam terus disuburkan di negeri ini dengan berlangsungnya program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah di sini pada 18 September lalu.

Program ini turut dihadiri oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bermula dari jam 7 pagi hingga 5 petang di TH Hotel Kota Kinabalu.

Beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk bertajuk “Islam Rahmat Untuk Semua” sebelum merasmikannya.

Objektif program adalah mengumpul ilmuan dan asatizah serta pemikir di Sabah dalam satu nadwah yang membincangkan isu semasa berkaitan umat Islam, memberi kefahaman tentang konsep fiqh Sabah dan merumuskan resolusi dalam bentuk tindakan yang bersesuaian dengan cabaran dan permasalahan khususnya di negeri ini.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan apabila 400 orang peserta dari pelbagai agensi dan pertubuhan menyertainya.

Ia dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pertubuhan Isra’ Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Tabung Haji Negeri Sabah.

 

 

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *