Monday, 16 July, 2018
Laman Utama Sektor Operasi Bahagian Pembangunan Ummah

Bahagian Pembangunan Ummah

PENGENALAN

Bahagian Bina Ummah adalah sebuah bahagian di bawah Sektor Operasi YADIM yang berperanan untuk merancang dan melaksana program di pelbagai peringkat bagi menjayakan Pelan Pembangunan Masyarakat dan Sukarelawan Al-Falah. Bahagian Bina Ummah diketuai oleh seorang Pengurus Eksekutif dan mempunyai tiga unit iaitu Unit Sosial dan Masyarakat, Unit Dakwah dan Unit Sukarelawan Al-Falah.

Program-program yang dilaksanakan di bawah Unit Sosial dan Masyarakat adalah seperti X’presi Belia, Sayang Di Sayang dan Survival Ummah. Program yang dianjurkan menyasarkan golongan belia,  penduduK kawasan projek perumahan rakyat (PPR), pelajar, remaja dan masyarakat setempat.

Unit Dakwah pula menyasarkan masyarakat kampung, kariah masjid, surau dan penjawat awam dengan penganjuran program seperti Wacana Pemantapan Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Seminar Jati Diri Muslim dan Wacana Dakwah Masjid dan Surau.

Unit Sukarelawan Al-Falah pula adalah pasukan yang ditubuhkan YADIM Falah sebagai wadah penggerak kesukarelawanan masyarakat setempat. Wadah menyemarakkan usaha dakwah melalui khidmat masyarakat dan menyuburkan ukhuwah islamiah. Golongan sasaran unit ini termasuk warga emas, belia, remaja,  masyarakat awam, hospital, kakitangan awam, masyarakat setempat dan  kariah kampung.

  1. Merancang dan melaksanakan program-program pemahaman dan pemantapan akidah.
  2. Membina rangkaian kepimpinan dalam masyarakat dengan pendekatan secara program.
  3. Merancang dan melaksanakan program-program berteraskan pembangunan muamalah serta pengamalan di kalangan masyarakat.
  4. Merancang dan melaksanakan program – program pembangunan keluarga & wanita.
  5. Sekretriat MPWIM