Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati

LENSA Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di Dewan Al-Ghazali, sekolah berkenaan pada 28 Januari. Seramai 70 pelajar Tahun 6 yang khatam al- Quran diraikan dalam majlis ini. Setiap mereka menerima senaskhah al- Quran disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang juga merasmikan majlis ini. Ucapan aluan program disampaikan oleh Guru […]

Program Kalam Madani untuk ahli-ahli Zamalah Terengganu

YADIM Terengganu buat pertama kalinya melaksanakan program Kalam Madani untuk ahli-ahli Zamalah Terengganu pada 27 Januari. Seramai 30 ahli Zamalah hadir ke program di Tok Jembal, Kuala Terus, Terengganu ini. Program dimulakan dengan pengisian Kalam Madani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin. Beliau menyentuh mengenai penyusunan tenaga kerja YADIM kini mengikut keperluan […]

SIRI Program Remaja Pintar Soleh (REPSOL)

SIRI Program Remaja Pintar Soleh (REPSOL) anjuran YADIM Selangor membuka tirai tahun ini di KAFA Integrasi Al-Rasyidin Taman Gombak pada 27 Januari. REPSOL yang diadakan dengan kerjasama KAFA berkenaan, menerima penyertaan 60 orang peserta tahun 5 dan 6. Terus menggerakkan barisan Daie Muda YADIM (DMY) sebagai penceramah dan fasilitator, program ini bertujuan melahirkan anak-anak mempunyai […]

Majlis Penyerahan Watikah Lantikan RSY IPGKDRI

SELARAS Dengan matlamat memberikan pendedahan tentang asas kepimpinan unggul selain mengasah kemahiran insaniah dalam diri mereka, Majlis Penyerahan Watikah Lantikan kepada 20 orang ahli Majlis Pimpinan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) dan 20 orang ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) telah diadakan pada 27 Januari 2024 bertempat di Dewan Ungku Omar, IPGKDRI. […]

Induksi bersama 20 orang pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY)

SESI Induksi bersama 20 orang pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) telah diadakan pada 27 Januari di Kuala Terengganu. Sesi telah dikendalikan oleh Ketua Unit IPG dan Politeknik, Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Nuuh Muhamad Idris ini bertujuan membantu peserta memahami dengan jelas berkenaan penganjuran program selaras […]

Program Leadership Talk bersama YDP YADIM

KUNJUNGAN Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Kelantan turut diisi dengan program bersama siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu pada 27 Januari. Program Leadership Talk bersama YDP YADIM menyaksikan seramai 150 orang siswa guru telah hadir dalam program ini yang menampilkan Pengerusi Rakan Siswa YADIM IPG Kampus Kota Bharu, […]

Kuliah Maghrib Perdana bersama YDP YADIM

LAWATAN Kerja Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Kelantan pada 27 Januari diteruskan dengan Kuliah Maghrib Perdana bersama YDP YADIM di Masjid Al Amin, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa. Seramai 200 jemaah terdiri daripada anggota PGA dan ahli keluarga hadir mengikuti program ini. Selesai Solat Isyak turut diadakan solat hajat […]

YDP YADIM menziarahi manga banjir di Kampung Gading, Bakong

SELESAI merasmikan Majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee di Kota Bharu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus mencuri masa menziarahi manga banjir di sekitar Kampung Gading, Bakong, Pasir Mas, Kelantan pada 27 Januari. Sebanyak 4 keluarga telah diziarahi dan beliau menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir berkenaan. Menariknya, inisiatif ini turut […]

Kehadiran YB Fadhlina Sidek di Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)

HARI Keempat Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) diserikan lagi dengan Ikehadiran Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek dalam slot Bicara Inspirasi Tokoh yang turun padang untuk bersama-sama para pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada 27 Januari 2024. Program bertempat di Dewan Al Farabi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu itu turut menerima […]

Watikah pelantikan barisan pimpinan RSY UniSZA

MAJLIS Watikah pelantikan barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Januari. Anual Grand Meeting (AGM) yang dijalankan oleh barisan pimpinan Rakan Siswa telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Unit IPT Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi. Turut sama menghadiri majlis […]