Home » Citra Yadim » Pakar NUIM untuk gerak kerja dakwah YADIM

Pakar NUIM untuk gerak kerja dakwah YADIM

Ahli Ahli NUIM yang menerima watikah pelantikan dalam retreat mereka hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 25 orang pakar daripada pelbagai bidang hari ini (3 Mei) menerima watikah pelantikan sebagai ahli Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Watikah berkenaan disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam satu majlis di sini, sempena retreat 2 hari organisasi berkenaan. Pelantikan tersebut adalah untuk sesi 2019 hingga 2021.

Dalam ucapan sempena pembukaan retreat berkenaan, Nik Omar berkata, beliau berharap kepelbagaian kepakaran ahli NUIM daripada pelbagai bidang, dapat menyumbang kepada usaha dakwah YADIM sendiri.

“Ada pelbagai bidang kepakaran dalam NUIM, kita juga ada wakil Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, iaitu Datuk Wira Ust Hj Abdul Ghani Bin Shamsuddin, yang juga nanti akan bertindak sebagai pemandu kepada pergerakan NUIM.

“Menerusi NUIM ini kita ada wadah yang cukup sesuai unuk gerak kerja dakwah, justeru saya mohon supaya selepas retreat ini selesai kita terus bergerak” kata beliau.

Sementara itu, turut diumumkan dalam majlis berkenaan ialah pelantikan Pengerusi Persatuan Ilmuan Prihatin Nasional, Datuk Dr Abdul Halim Yusuf sebagai Pengerusi NUIM.

Antara nama nama besar lain dalam dunia dakwah yang turut dilantik sebagai ahli NUIM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Haji Nicholas Sylvester, Penasihat Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Ustaz Ahmad Fauwaz  Fadzil, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abdul Naser Abdul Rahman (Xifu Naser) dan Ustaz Dr Rozaimi bin Ramle dari Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain 25 yang menerima watikah hari ini, tujuh lagi pakar juga disenaraikan sebagai ahli NUIM.

NUIM merupakan badan yang ditubuhkan oleh YADIM sejak 2001 bagi menghimpun cendiakawan dan pemikir Islam di negara ini sebagai Panel Penasihat Pakar YADIM dalam isu-isu berkaitan pendidikan, sosial dan kebajikan.

Penubuhan NUIM adalah hasil daripada pembentangan Kertas Dasar Dakwah Baru YADIM dalam mesyuarat ALPA YADIM ke-65 pada 16 Julai 2001 dan Pengerusinya yang pertama ialah tokoh ilmuwan Islam iaitu Allahyarham Dr Uthman El- Muhammady.

Antara objektif awal penubuhan NUIM adalah sebagai satu landasan para ulama dan ilmuwan untuk mengadakan sesi perbincangan bagi menghasilkan pelbagai resolusi/kertas cadangan dalam pelbagai disiplin keilmuan untuk dikemukakan kepada pihak yang berkaitan

Ia juga berperanan menyampaikan hasrat rakyat kepada umara’ dengan cara sopan dan beradab serta mematuhi  disiplin ilmu mengenai isu isu semasa permasalahan umat Islam

Menerusi retreat ini, para panel pakar yang dilantik akan berbincang mengenai strategi dan gerak kerja NUIM seterusnya dalam rangka memantapkan dakwah di negara ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *