Home » Langit Terbuka » Parlimen bubar hari ini

Parlimen bubar hari ini

KUALA LUMPUR – Parlimen dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pembubaran itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak, Perdana Menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Susulan pembubaran itu, lima  negeri – Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka turut mengumumkan pembubaran DUN masing-masing berkuat kuasa hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13 daripada Najib berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *