Home » Langit Terbuka » Pelajar bertudung diserang di Kanada

Pelajar bertudung diserang di Kanada

Mangsa, Khawlah Noman. FOTO : Reuters

OTTAWA 13 Jan. – Seorang pelajar perempuan di Toronto diserang semalam oleh lelaki yang cuba menggunting tudungnya dan kemudian melarikan diri, kata polis.

Pihak berkuasa menyiasat kejadian itu, yang berlaku pada jam 9 pagi waktu tempatan di atau sekitar sekolah Pauline Johnson di timur Toronto, kata jurucakap polis, Katrina Arrogante.

“Maklumat yang kami ada setakat ini adalah pelajar itu tidak cedera dan suspek melarikan diri,” katanya.

Mangsa dalam kejadian itu dikenali sebagai Khawlah Noman.

“Saya merasa bingung dan takut,’’ katanya yang berada di Gred 6 kepada para pemberita di sekolahnya pada Jumaat.

Sekolah itu mempunyai hampir 300 pelajar tadika sehingga gred enam daripada pelbagai latar belakang budaya dan sosio-ekonomi.

Lebih dua pertiga bercakap menggunakan bahasa lain selain Inggeris. – AFP

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *