Home » Citra Yadim » Pelantikan Timbalan Yang Dipertua YADIM

Pelantikan Timbalan Yang Dipertua YADIM

Ustaz Mohd Zaidi Ramli (kanan) bersama Dato' Seri Jamil Khir Baharom (tengah) dan Dr. yusri Mohamad.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Mohd Zaidi Ramli, 46, dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berkuatkuasa 10 Ogos 2017.

Jawatan berkenaan sebelum ini kosong berikutan pelantikan Timbalan Yang Dipertua YADIM sebelum ini iaitu Dr. Yusri Mohamad sebagai Yang Dipertua YADIM.

Ustaz Mohd Zaidi mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran agama Islam termasuk pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di beberapa bahagian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dari tahun 2009 hingga 2015.

Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sejak 1995 sehingga 2009, dan pernah dilantik sebagai Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2009.

Dari segi pendidikan, beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1995 dan Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi) pada 2010 dari universiti yang sama.

Ustaz Mohd Zaidi juga akitif dalam dakwah kreatif dengan penglibatan dalam pelbagai program di media elektronik dan cetak termasuk rancangan Kuliah Hadis 40 Matan al-Arba’in al-Nawawi dan Kuliah Hadis 40; Al-Arba’un al-Munirah di RTM 1.

Beliau juga sering menjadi panelis rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, sejak tahun 1997 hingga kini, panelis rancangan al-Kuliyyah  di stesenTV3  dari tahun 1996 hingga 2000 dan pernah menjadi kolumnis dalam Majalah al-Islam, Utusan Melayu pada 2002 hingga2004.

Adalah diharapkan bahawa perlantikan beliau ini akan menggiatkan dan memantapkan lagi kegiatan dakwah yang digerakkan oleh YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *