Home » Citra Yadim » Pendedahan mengenai pengurusan jenazah

Pendedahan mengenai pengurusan jenazah

Para peserta dibimbing oleh dua penceramah bebas iaitu Ustaz Awaluddin Nasution dan Ustazah Mariah Hasibuan.

KOTA KINABALU – Dalam usaha memberikan pendedahan kepada kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, mengenai pengurusan jenazah, satu program berkaitan telah dianjurkan secara bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah.

Program berkenaan telah diadakan pada 4 April lalu bersempena program YADIM Bersama Anda  dan dipenuhi dengan sesi ceramah pengurusan jenazah serta praktikal memandi dan mengkhafankan jenazah lelaki dan perempuan.

Gambar kumpulan para peserta program.
Para peserta diberikan tunjuka ajar mengenai cara pengurusan jenazah yang betul.

Antara lain, program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan awam berkenaan cara pengurusan jenazah yang betul serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan.

Program yang berlangsung mulai pukul 8 pagi sehingga 1 petang itu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kastam Diraja Malaysia, Timgkat 2, Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah dengan dibimbing oleh dua penceramah bebas iaitu Ustaz Awaluddin Nasution dan Ustazah Mariah Hasibuan.

Program berkenaan telah disertai oleh 70 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dan turut diserikan dengan kehadiran  Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki dan  Penolong Kanan Pengarah Kastam Sabah, Saari Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *