Home » Langit Terbuka » Pengerusi SPR Pendekkan Tempoh Perkhidmatan

Pengerusi SPR Pendekkan Tempoh Perkhidmatan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, akan memendekkan tempoh perkhidmatannya, berkuat kuasa 1 Julai depan

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, akan memendekkan tempoh perkhidmatannya, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Menurut SPR dalam satu kenyataan, hari ini, pemendekan tempoh perkhidmatan beliau sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, bertarikh 7 Jun lalu.

“Pemendekan tempoh perkhidmatan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun lalu,” menurut kenyataan berkenaan.

Mohd Hashim menyertai SPR sejak 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi pada 24 Januari 2016.

SPR sekali gus merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hashim atas khidmat baktinya sepanjang bertugas di suruhanjaya itu. – BERITA HARIAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *