Home » Langit Terbuka » Penyebar berita tidak benar boleh didenda RM500,000, 10 tahun penjara

Penyebar berita tidak benar boleh didenda RM500,000, 10 tahun penjara

Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR -Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.

RUU tersebut memperuntukkan denda maksimum sehingga RM500,000 atau 10 tahun penjara boleh dikenakan terhadap individu yang mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar jika disabitkan kesalahan.

Denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu dikenakan kepada pesalah tersebut jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan.

Manakala denda sehingga RM100,000 juga boleh dikenakan terhadap individu atau pihak yang memiliki berita tidak benar dan tidak menghapuskannya.

Mahkamah juga boleh memerintah pesalah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat sama ada di mahkamah ataupun melalui akhbar.

Malah RUU ini tidak hanya terhad kepada rakyat Malaysia, bahkan ia turut terpakai kepada warga asing yang menyebarkan berita tidak benar mengenai negara atau menyentuh rakyat negara ini.

Individu yang bersubahat juga tidak terlepas dikenakan hukuman sama yang dikenakan terhadap pesalah iaitu mereka yang menyalurkan dana dalam bentuk kewangan atau yang terlibat dalam penyebaran berita tidak benar. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *