Home » Citra Yadim » Program Skor A anak-anak Flat Sri Pahang Bangsar

Program Skor A anak-anak Flat Sri Pahang Bangsar

KUALA LUMPUR  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat telah menganjurkan program `Bengkel Skor A UPSR Anak – anak Flat PPR Sri Pahang Bangsar Kuala Lumpur’ pada 28 Julai.

Eksekutif Kanan YADIM, Ustaz Muzammil Musbah selaku penyelaras program memaklumkan  program  itu telah adakan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan di antara mata pelajaran yang terlibat adalah  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Katanya, penyertaan pelajar adalah seramai 40 orang yang merupakan anak – anak asnaf dan dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Program ini adalah salah satu inisiatif khidmat masyarakat bagi menggalakkan sokongan pendidikan di kalangan komuniti,’’ katanya.

Bengkel berkenaani turut mendapat kerjasama Persatuan Penduduk Sri Pahang dan Persatuan Pemuda Prihatin Sri Pahang.

YADIM hakikatnya telah  menjalankan pelbagai aktiviti khidmat bakti dan dakwah secara berterusan di sini. Moga ada inisiatif bantuan – bantuan pendidikan diteruskan oleh pihak pihak luar kepada mereka selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *