Nadwah Qiyadi

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin pemimpin di kalangan pelajar sekolah (Muslim) bagi memberi pengisian serta membina kesedaran dan tanggungjawab sebagai pemimpin di kalangan rakan di samping pendedahan isu semasa Islam masa kini.

Program ini diadakan sepanjang tahun dengan melibatkan semua 14 negeri di Malaysia. Para peserta Nadwah Qiyadi adalah terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah-sekolah terbaik di setiap negeri. Sehingga kini Nadwah Qiyadi telah diadakan di Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah, Sarawak, Pahang dan Pulau Pinang dengan melibatkan 1,200 pelajar sekolah menengah di setiap lokasi.

Selepas program ini para peserta akan menjadi ahli Sahabat Yadim di sekolah-sekolah dan akan berkerjasama dengan Sahabat Yadim di institut pengajian tinggi (IPT) berdekatan dalam menggerakkan program-program motivasi dan sebagainya di sekolah.

[dt_gap height=”10″]

OBJEKTIF PROGRAM

  • Mendedahkan tentang realiti ancaman kepada agama Islam masa kini.
  • Motivasi untuk bersama dalam menyumbang kepada pembangunan umat
  • Berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja dakwah bersama tokoh-tokoh