Home » Langit Terbuka » Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan

Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan

Isi kandungan Rang Undang-Undang Waqaf yang bakal dibentangkan itu antaranya ialah bagaimana urusan tadbir urus waqaf dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Foto Malaysian Insight

BANGI – Rang Undang-Undang bagi menambah baik pengurusan waqaf akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, draf bagi Rang Undang-Undang itu juga sudah siap dan hanya menunggu masa untuk di bentang di Dewan Rakyat Oktober depan.

Menurut beliau, isi kandungan Rang Undang-Undang itu antaranya ialah bagaimana urusan tadbir urus waqaf dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

“Kita nak pastikan tadbir urus itu bagus dan tidak disalah guna. Duit waqaf itu disimpan macam mana dan boleh guna untuk apa.

“Kita juga nak pastikan macam mana pahala orang yang memberikan waqaf itu akan berkekalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengiktirafan Penerima Anugerah Wanita Yang paling Berpengaruh Dalam Perniagaan dan Kewangan Islam Oleh Cambridge International Financial Advisory, United Kingdom dan Majlis Menandatangni Perjanjian antara Kasih Holdings Sdn Bhd dengan Khadijah International Waqf Foundation, Hospital Pusrawi Sdn Bhd dan Majlis Permuafakatan Wakaf Antarabngsa di Hotel Tenera di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis yang dihadirinya Fuziah berkata, majlis tersebut merupakan pengiktirafan kepada beberapa individu wanita yang dipilih untuk menerima anugerah di Dubai kerana memiliki kepakaran dalam tadbir urus kewangan berlandaskan Islam.

Katanya, seramai 300 wanita telah dipilih untuk menerima anugera berkenaan dan 73 daripadanya merupakan rakyat Malaysia.

Tambah beliau, lebih membanggakan lima daripada 10 penerima paling unggul bagi anugerah berkenaan merupakan wanita Malaysia.

“Kita yakin apabila ada kolaborasi yang sebegini ia akan membantu mengembangkan apa-apa usaha kita dalam membangunkan waqaf,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *