SAF terus menabur bakti

0
31
Ustaz Nasrul Hadi menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit.

 

Sebahagian daripada ahli SAF yang turut serta dalam program khidmat bakti, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Al Falah (SAF), sebuah badan sukarela yang ditubuhkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggalakkan orang ramai melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan dakwah secara sukarela terus komited melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

Baru-baru ini, SAF bersama YADIM Zon Timur telah melaksanakan program khidmat bakti bertempat di sekitar Padang Awam Bukit Besar Kuala Terengganu, Dataran Water Front bagi mendekati orang ramai dan sekaligus melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR).

- advertisement -

Eksekutif YADIM Zon Timur, Ustaz Nasrul Hadi Saidin berkata, program ini menyasarkan seramai 50 untuk didekati yang terdiri daripada pelbagai golongan.

“Untuk program ini, beberapa aktiviti telah disusun bagi memenuhi tanggungjawab sosial kepada penduduk di sini terutama golongan sasaran seperti pekerja-pekerja dan gelandangan,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, mereka yang telah didekati itu diberikan sumbangan seperti makanan dan sedikit keperluan lain serta dalam masa yang sama mereka juga menerima risalah dan doa harian.

Menurutnya,  apabila tiba tengahari pula, beberapa aktiviti kemasyarakatan lain telah disusun iaitu program menziarahi wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Di hospital ini beberapa aktiviti dilaksanakan iaitu menukar sejadah baru di 16 ruang solat untuk lapan wad hospital, sumbangan makanan kepada pesakit, sumbangan lebih 100 unit mainan kanak-kanak pelbagai jenis dan dekorasi ruang mainan kanak-kanak di hospital tersebut,’’ katanya.

Program berkenaan katanya,  tidak akan berjaya tanpa kerjasama beberapa penyumbang seperti MMH Jaya Trading, Azzuha Travel Terengganu dan Toy Garage

Beliau berkata, dakwah tidak boleh dilakukan sekadar di dewan-dewan seminar atau wacana semata-mata tetapi perlu diadakan terus kepada golongan-golongan sasaran terutama mereka yang berada di lapangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here