Home » Citra Yadim » Sahabat YADIM bina platform anak muda di kalangan mahasiswa baru UPM

Sahabat YADIM bina platform anak muda di kalangan mahasiswa baru UPM

SERDANG – Bersempena dengan Minggu Pendaftaran Pelajar Baru sesi kemasukan 2018 yang lalu, Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Universiti Putra Malaysia (SYUPM) telah menyertai Bazaar Persatuan UPM.

Sejumlah 64 persatuan telah menyertai program yang juga dikenali sebagai ‘Souq UPM” pada 8 September dari jam 7 pagi hingga 2 petang itu.

Dua anggota SYUPM telah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan persatuan kepada para pelajar baru, yang mana bakal memberi manfaat kepada ahli, terutama dalam membina keterampilan dan mengasah sifat kepimpinan diri.

Beberapa pelajar baru telah mendaftarlan diri untuk menyertai SYUPM. Diharapkan ahli ahli baru bakal mendapat manfaat dengan penyertaan ini.

Usaha menambah keahlian ini turut melibatkan kerjasama Majlis Pimpinan Sahabat YADIM Zon dan peserta Kem Da’ie Muda Matrikulasi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *