Home » Citra Yadim » Sahur Futsal : Penyatuan Felo Muda Dakwah YADIM

Sahur Futsal : Penyatuan Felo Muda Dakwah YADIM

PETALING JAYA – Setelah empat tahun penubuhannya, alumni Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengadakan pertemuan baru-baru ini, dengan menganjurkan program Sahur Futsal bertempat di City Sport Planet, Petaling Jaya, Selangor.

Penyelaras FMD, Norizati Samsudin berkata, seramai 50 alumni FMD yang menganggotai Pertubuhan Alumni Felo Muda Dakwah (PERFOMD) telah turut serta dalam program berkenaan.

“Program ini diadakan bagi merapatkan silaturahim di antara alumni-alumni FMD yang kini telah mencapai lapan siri latihan.

“Melalui program ini, setiap alumni dapat bertukar-tukar fikiran serta membina satu rangkaian sesama mereka yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang,’’ katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah, Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman yang juga pernah menjadi tenaga pengajar dan penyelaras FMD.

“FMD bukanlah asing bagi saya kerana  sebelum ini saya pernah dipertanggungjawabkan menyelaras FMD yang merupakan satu program latihan yang baik untuk membentuk kekuatan pendakwah muda di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata, program Sahur Futsal yang diadakan itu adalah penting dalam usaha membina kesatuan hati di kalangan lepasan FMD dan ahli PERFOMD dalam menyantuni dan merentasi ideologi politik kepartian.

FMD mula dianjurkan oleh YADIM pada 2014 lalu, bertujuan melatih anak muda dalam bidang dakwah melalui pelbagai pendedahan termasuk kerja-kerja lapangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *