Home » Persuasif » Said Nursi gariskan tiga musuh umat Islam

Said Nursi gariskan tiga musuh umat Islam

Tokoh Islam Turki gabung ilmu sains, agama Hasil Risalah An Nur

Burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja. Begitu jugalah ilmu yang perlu digabungkan seiring antara sains dan agama supaya kita dapat memahami alam semesta melalui bahasa sains serta hakikat iman.

Hebatnya ulama terkemuka, Badiuzzaman Said Nursi, beliau mempelajari ilmu sains dan disinergikan dengan ilmu teras Islam hingga menghasilkan Risalah An Nur (Risale I Nur), iaitu tafsir al- Quran yang membahaskan masalah mendasar dalam kehidupan manusia.

Risalah An Nur membuka jalan baharu kepada hakikat dan ilmu dalam mengenal Allah SWT yang digambarkan oleh Said Nursi sebagai jalan al-Quran serta sahabat Nabi SAW melalui warisan kenabian. Ia juga mengetengahkan pandangan tidak bercanggah antara agama dan sains.

Sesuai dengan gelaran diberi Badiuzzaman atau Keagungan Zaman kerana kemampuan menguasai ilmu tradisional agama dan sains moden, dakwah Said Nursi menggunakan pendekatan mudah bagi membolehkan semua lapisan masyarakat memahami mesej ingin disampaikan.

Beliau mengorbankan 83 tahun hidupnya dan bertahan menghadapi semua kezaliman terhadap dirinya demi perjuangan menyelamatkan keimanan melalui penulisannya yang menjadi khazanah Islam yang relevan hingga saat ini.

Pengerusi Persatuan Persaudaraan Afrika, Semsettin Turkan, berkata pada usia 18 tahun Said Nursi sudah memulakan madrasahnya dan memperkenalkan sistem pendidikan baharu kepada kerajaan Uthmaniyah ketika itu.

Beliau menjelaskan, Said Nursi menggariskan tiga musuh umat Islam, iaitu kejahilan, kemiskinan dan ikhtilaf, manakala cara untuk mengatasinya turut diberi dengan menekankan pendidikan, seni perniagaan serta kesatuan.

‘Konsep pendidikan menurut Said Nursi mesti menggabungkan tiga unsur, iaitu ilmu agama, pengetahuan semesta moden dan nilai moral yang diserap daripada pengajaran sufi. Memisahkan ilmu itu hanya akan melahirkan pemikiran radikal, fanatik dan ekstrem.

“Jadi perlukan kedua-duanya seperti kata Said Nursi untuk menggambarkan pentingnya ilmu dngan metafora burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja,” katanya pada Seminar dan Bengkel Antarabangsa Risale I Nur di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Seminar anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki (MTCA), Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY), Yasayan Budaya dan Sains Istanbul (IFSC) dan UM.

Seminar membincangkan pemikiran Said Nursi yang melalui detik kejatuhan Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Turki yang mengetengahkan dasar sekularisme itu dirasmikan Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri Mohamad.

Jangan putus asa

Semsettin berkata, Said Nursi dalam Khutbah Syamiyah di Masjid Jami’ Bani Umayyah di Damaskus, Syria pada 1911 yang dihadiri ribuan umat Islam termasuk ulama dan cendikiawan menjelaskan enam sebab kemunduran dunia Islam.

Pada pengamatan beliau, enam sebab itu ialah sikap berputus asa, tiada keikhlasan, wujud permusuhan, tiada persaudaraan umat Islam seluruh dunia, berleluasa sifat pentingkan diri dan wujud kezaliman.

Tokoh Islam Turki itu turut menggariskan penyelesaiarinya dengan menyarankan umat Islam sentiasa meletakkan harapan, mengubati penyakit hati, jujur, berkasih sayang, mengelak sikap diktator dan mencapai kebahagiaan dengan bermusyawarah.

“Said Nursi menegaskan umat Islam tidak boleh putus asa kerana orang yang berputus asa akanjauh daripada Islam dan apabila kita jauh, itu yang menyebabkan kita lemah, apabila ikut Islam, kita akan maju,” katanya.

Sementara itu, Dr Osman Yapar dari Yayasan Sains dan Budaya Istanbul ketika membentangkan tajuk Pemerkasaan Umat Islam: Formula Terbaik dari Pengalaman Turki berkata, hasrat Said Nursi untuk menubuhkan institusi pengajian yang dinamakan Madrasah Az-Zahra tidak tercapai.

Bagaimanapun, kegagalan itu tidak menghalang beliau merealisasikan konsep pengajian yang menjadi ideanya dari awal dengan beralih kepada bidang penulisan dan penghasilan Risalah An Nur beijaya memenuhi peranan sepatutnya dimainkan oleh Madrasah Az-Zahra.

Salin tulis tangan

Beliau berkata, menerusi metodologi pendidikan tidak formal itu beribu-ribu penulisan Said Nursi disalin dengan tulisan tangan dan disebarkan walaupun dikawal oleh kerajaan. Berjuta berjaya dididik daripada tulisan Said Nursi yang terus tersebar hingga hari ini.

“Said Nursi melalui dua fasa kehidupan yang menyaksikan beliau berkhidmat untuk Islam menggunakan pengaruh sosial, bertemu sultan dan pemimpin. Kemudian beliau mengasingkan diri serta menyendiri untuk jihad rohani.

“Selepas perang, beliau dibuang negeri, kemudian dipenjara dan turun naik mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan. Walaupun hidup di luar kehendak sendiri, beliau tunjukkan keajaiban al-Quran sebagai cahaya yang tidak mati menerusi Risalah An Nur,” katanya.

Katanya, Said Nursi tahu kemunduran negara Islam bukan disebabkan orang lain tetapi kerana asasnya yang lemah dari segi keyakinan serta keimanan. Justeru, ia menyedarkan beliau kepentingan untuk mengembalikan keimanan itu.

Risalah An Nur adalah tafsir al- Quran yang mengkaji topik utama bersumberkan al-Quran dan Hadis serta pandangan ilmiah ulama bertujuan menyelamatkan keimanan. Ia menjawab semua persoalan dan kekeliruan untuk manusia menyedari hakikat penciptaan sebagai hamba Allah SWT.

Kembangkan kebijaksanaan

Graduan ijazah doktor falsafah Universiti Istanbul, Dr Hakan Gulerece, berkata anak murid Said Nursi digalakkan menukar ilmu sains kepada ilmu yang mencari keredaan Allah SWT sebagai sokongan memperkukuhkan iman.

Beliau yang kini bertugas di Yayasan Sains dan Budaya Istanbul berkata, menerusi Risalah An Nur dua konsep iaitu kebijaksanaan dan belas kasihan dikembangkan bagi menghadapi kesan negatif kemodenan.

Katanya, sains moden cuba menolak agama dengan melihat sesuatu itu daripada sudut pandangan mata kasar tanpa cuba memandang lebih jauh atau melampaui ciptaan seperti mengaitkan ia kepada penciptanya.

“Contohnya, mereka melihat betapa cantiknya bunga mawar bukan cantiknya ia diciptakan. Kebijaksanaan seperti disampaikan oleh Said Nursi mengajak kita menilai bunga ros yang menggambarkan sifat Allah SWT yang menciptanya.

“Begjtu juga apabila kita melihat kejadian lain seperti matahari, bulan dan banyak lagi. Tindakan kita merenungi setiap sesuatu kejadian itu mencabar sains moden. Ini yang menghasilkan tindakan bermakna,” katanya.

Beliau berkata, Said Nursi juga melihat jihad fizikal melawan jihad kerohanian sebagai perjuangan dengan diri sendiri dan keimanan ibarat polis yang mampu mengawasi setiap tingkah laku serta tindakan.

INFO

Badiuzzaman Said Nursi

  • Dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis terletak di timur Anatolia pada 1877 Masihi.
  • Beliau diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) kerana mampu menguasai ilmu sains dan ilmu agama.
  • Pernah ditawan dan dipenjarakan. Beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada murid termasuk di penjara.
  • Said Nursi meneruskan kegiatan berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik antara penjara serta pembuangan disebabkan tekanan oleh rejim Pres’iden Turki, Mustafa Kamal Ataturk.
  • Risalah An Nur adalah tafsir al-Quran yang tidak mengikut susunan, sebaliknya berdasarkan keperluan masyarakat menerusi isu yang timbul dari semasa ke semasa.
  • Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mac i960 bersamaan 25 Ramadan 1379 Hijrah.

 

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *