Home » Citra Yadim » Serangan pemikiran perlu perhatian serius

Serangan pemikiran perlu perhatian serius

Para pelajar Kolej Universiti Islam Melaka bergambar bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

PUTRAJAYA – Serangan pemikiran terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak terutama generasi muda, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Mohd Zaidi Ramli.

Beliau berkata, serangan pemikiran itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka menyedari bahawa akal fikiran manusia adalah satu medan yang luas dan boleh memberikan impak yang besar sekiranya dapat dikuasai.

“Justeru, pihak berkenaan sentiasa cuba melakukan serangan pemikiran dalam pelbagai bentuk dengan fokus kepada usaha menimbulkan keraguan umat Islam terhadap ajaran agama.

“Ini jelas terbukti dalam isu susu ibu pada suatu ketika dulu, apabila pihak di Barat mendakwa susu ibu boleh digantikan dengan susu haiwan lain untuk bayi, namun setelah dibuat kajian mendapati susu ibulah yang terbaik sebagaimana ajaran agama Islam,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk`Cabaran Pemikiran Umat Islam Pada Masa Kini’ kepada 42 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemikiran , Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang mengadakan lawatan ke ibu pejabat YADIM di sini, semalam.

Ustaz Mohd Zaidi berkata, pihak terbabit seboleh-bolehnya mahu mencari sesuatu isu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam sehingga ada di kalangan orang Islam terpedaya akibat daripada serangan pemikiran berkenaan.

Oleh yang demikian, beliau berkata, setiap individu Muslim termasuk generasi muda perlu asas agama iaitu iman, Islam dan ihsan yang kukuh bagi mendepani serangan berkenaan.

Katanya, den gan adanya asas yang kukuh itu, serangan-serangan yang berlaku itu tidak mampu mengubah pemikiran umat Islam dan tetap berpegang teguh kepada ajaran agama.

Turut hadir pada program ini ialah Pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIM, Ahmad Fakeh Ibrahim serta  Pengarah Program, Iskandar Zulkarnain Tajul Ariffin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *